PERUTUSAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ).

Umum sudah mengetahui bahawa SPA merupakan sebuah badan bebas yang dipertanggungjawabkan dengan fungsi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota dalam perkhidmatan di bawah bidang kuasanya mengikut peruntukan Fasal (1) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.

Lanjutan itu, SPA sentiasa bergerak ke depan demi mencapai matlamat yang telah digariskan di bawah empat (4) teras strategik utama SPA iaitu:

  • Memperkasa urusan perlantikan penjawat awam;
  • Memperkasa kaedah penilaian ke arah mendapatkan calon yang kompeten;
  • Memperkasa urusan perkhidmatan penjawat awam; dan
  • Memperkasa tadbir urus ke arah kecemerlangan organisasi

Antara pembaharuan besar yang telah dijalankan SPA seiring dengan fungsi dan teras strategik yang digariskan ialah memperkenalkan ujian Public Service Entry Examination (PSEE) kepada semua pemohon pekerjaan. PSEE ini merupakan ujian aptitud yang dijalankan secara online sebagai saringan awal kepada pemohon pekerjaan yang merangkumi penilaian pengetahuan am, keupayaan dalam penyelesaian masalah dan ujian kefahaman Bahasa Inggeris.